Friday, 17 February 2017

Seorang ibu boleh bersusah payah menjaga 10 orang anak,tetapi 10 orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu. Kata-kata yang sangat ringkas tetapi penuh bermakna. Dalam dunia ini,kita hanya mempunyai seorang ibu. Jumpalah sesiapa pun,tetapi tidak akan ada seorang pun yang dapat menggantikan ibu kita. Setinggi mana jawatan,kekayaan yg ada,tetapi tanpa doa dari ibu, kau bukanlah siapa-siapa. Sahabatku, di antara doa-doa yang dikabulkan adalah doa seorang ibu terhadap anaknya. Selagi nyawa masih dikandung badan, berjasalah anda kepada ibu anda..sayangilah dirinya..pelum cium dia..kerana selepas ini kalau dia sudah tiada,hilanglah satu nikmat yang terbesar dalam hidup kau. Ibu..mengalir air mataku..terbayang wajahmu yang redup sayu ..
Maafkan anakmu ibu..sayang ibu dunia akhirat..terima kasih atas kasih yang ibu beri dariku kecil hingga kini..😔

By: Nur Amanina

No comments:

Post a Comment