Thursday, 2 March 2017

Emas dan Inflasi


Terdapat pelbagai reaksi manusia apabila membicarakan tentang emas. ramai yang menganggap simpanan emas adalah sekadar hobi. Adakah ia benar?

"Abu Bakar ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal & boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar & Dirham." (musnad imam ahmad ibn hanbal).

 "Akan tiba satu zaman" membawa erti zaman dari masa depan, yang kita tak tahu bila tarikhnya yang tepat. Apa yang akan terjadi pada zaman itu nanti? maka disambung Rasulullah, "tiada apa yg tinggal boleh digunakan oleh umat manusia" maksud di sini, tiada apa yg bernilai boleh digunakan oleh manusia pada ketika itu. Justeru, apa kah tindakan yang patut kita ambil? Tindakan yang perlu dibuat dari sekarang? disambung lagi, "maka simpanlah dinar & dirham". 

Sejauh mana kayakinan anda bahawa nilai Ringgit mahupun Dollar US dapat bertahan? Adakah Amerika Syarikat hanya menunggu masa yang sesuai sahaja untuk meletakkan dunia di dalam krisis kewangan yang sangat teruk? Apakah punca Amerika Syarikat menyerang Iraq yang kaya dengan emas dan minyak (liquid gold)? Agak sukar untuk meramalkan. 

Cuba lihat wang di dalam dompet atau kocek anda, tatap wang tersebut dan fikir sejenak, adakah sekeping kertas ini bernilai? bukankah ia hanya kertas? apa bezanya dengan kertas-kertas lain? adakah disebabkan kualiti cetakan menjadikan wang itu bernilai? 

apa yang penting, emas merupakan item atau medium kalis inflasi, manakala wang berkemungkinan besar mengalami inflasi.



Antara negara yang pernah mengalami kegagalan wang kertas:

1. Kerajaan Perancis –tahun 1715
2. Republik Weimer Jerman – 1922-1923
3. Hungary 1945-1946 
4. Chile 1971-1981
5. Peru 1988-1991
6. Angola 1991 – 1999
7. Yugoslavia 1992-1995
8. Belarus 1994-2002
9. Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
10. Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
11. Zimbabwe 2000-2009
Namun tidak pernah berlaku di dalam sejarah manusia kegagalan emas dan perak sebagai wang.
Malah sejarah membuktikan bahawa kesemua tamadun terkemuka dunia menggunakan emas dan perak sebagai mata wang mereka.
Ini kerana emas dan perak diterima dengan baik oleh seluruh manusia sehinggalah ke hari ini.
Babaiiii...



No comments:

Post a Comment