Wednesday, 1 March 2017

RABU, 1 MAC 2017 @ 8:50 AM

Proses pilihan raya kampus UNISEL lancar

Oleh Fahmi Khairull

 
Barisan calon umum dan calon fakulti pilihan raya Universiti Selangor kampus Shah Alam -Foto Mohd Khuzairy



SHAH ALAM - Proses pilihan raya kampus yang melibatkan calon umum dan calon fakulti yang berlangsung di dewan Pro Canselor Universiti Selangor berjalan dengan lancar.

Pilihan raya yang bermula pada awal pagi tadi disaksikan dengan pelbagai pelbagai pelajar turun mengundi.

Kesemua lima calon umum terdiri daripada fakulti komunikasi seni visual dan pengkomputeran serta Fakulti Perniagaan dan Perakaunan manakala enam calon lain dalam fakulti yang sama pula bertanding untuk untuk kategori fakulti. 

Ejen kepada calon umum, Khuzairi Mazlan berkata sambutan pada peringkat awal sejak jam 9.00 pagi amat menggalakkan,

"Jika diikutkan kedatangan pengundi masih lagi rendah. Kami mengharapkan peratusan pengundi keluar mengundi pada tengahari ini akan meningkat."

"Sementara itu, Aufa dari Fakulti Komunikasi seni visual dan pengkomputeran berkata mengundi adalah tanggungjawab kita sebagai pelajar. 

"Pada pandangan saya, para pelajar terutamanya kepada mahasiswa dan mahasiswi wajar terlibat dengan pilihan raya kampus,

"Dengan mengundi secara tidak langsung mendidik anak muda dari zaman universiti bersifat kempimpinan yang akan menjadi generasi membangunkan negara."

Proses pilihan raya yang bermula pada jam 9:00 pagi akan tamat pada jam 4:00 petang.


                                                                                                            

No comments:

Post a Comment