Sunday 7 May 2017

Bayi Obes

dek kerana saiz luar biasa yang dimilikinya, seorang bayi perempuan bernama Chalat Kumar dari Punjab, India menjadi perhatian dunia.

Chalat yang baru berusia 8 bulan memiliki berat 17 kilogram iaitu bersamaan berat normal bagi kanak-kanak yang berusia 4 tahun. Dilaporkan, berat badannya cepat naik kerana mempunyai selera makan yang tinggi. Semasa dilahirkan, Chalat memiliki berat normal namun berat badannya mula naik secara mendadak apabila berusia 4 bulan.





Menurut ibunya, Reena, 21, anaknya selalu mahukan makanan dan sekiranya tidak biberi makanan, Chalat akan menangis sepanjang masa. Tabiat pemakanan bayi ini turut merunsingkan para doktor yang merawatnya sehingga ujian darah juga tidak dapat dilakukan dengan betul kerana ketebalan lemak yang dimiliki. Masalah obesiti Chalat juga mengakibatkan bayi ini mengalami kesukaran bernafas dan sering tidur.


No comments:

Post a Comment