Wednesday 10 May 2017

Sanchez hidupkan peluang Arsenal ke Eropah


SOUTHAMPTON: Alexis Sanchez meledak gol ke-20 buat dirinya dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika kemenangan 2-0 Arsenal ke atas Southampton di sini, yang sebentar tadi. 
Kejayaan itu sekali gus memberi harapan buat skuad kendalian Arsene Wenger untuk terus bersaing merebut tempat dalam kelompok empat teratas musim ini. 
Sanchez membuka jaringan di minit ke-60 di St Mary's sebelum pemain gantian Olivier Giroud menambah jaringan menerusi tandukan ketika permainan berbaki tujuh minit. Arsenal kini memintas Manchester United untuk menduduki tangga kelima dan meletakkan mereka hanya tiga mata di belakang Manchester City yang menghuni tangga keempat dan tiket kelayakan terakhir ke Liga Juara-Juara. 
Anak buah Wenger kini perlu memenangi baki tiga perlawanan dan berharap City atau Liverpool yang berada di tangga ketiga tercicir mata jika mahu beraksi di Liga Juara-Juara buat musim ke-20 berturut-turut. - AFP

No comments:

Post a Comment