Wednesday 10 May 2017

Larangan komputer riba dalam pesawat diperluas


WASHINGTON: Pentadbiran Donald Trump mungkin memperluaskan larangan membawa komputer riba dalam pesawat komersial ke beberapa negara Eropah. Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) yang diberi taklimat mengenai larangan itu berkata, pihak keselamatan kini meneliti cara untuk memastikan bateri litium yang disimpan dalam ruang bagasi tidak meletup. 
Larangan lebih meluas itu mungkin menjejaskan syarikat penerbangan AS seperti United Airlines, Delta Air Lines Inc dan Kumpulan American Airlines. Sementara itu, pihak berkuasa Eropah berkata, pengumuman Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) AS itu sudah dijangka namun tidak mengetahui bila ia akan dilaksanakan. Menurut sumber, pegawai DHS bercadang bertemu dengan pihak berkuasa penerbangan hari ini, bagi membincangkan beberapa isu keselamatan.
"Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri, John Kelly, dijadualkan memberi taklimat sulit kepada Senator hari ini membabitkan ancaman domestik serta beberapa isu penerbangan lain," kata seorang pembantu Kongres. - Reuters

No comments:

Post a Comment