Perlembagaan jamin hak bebas bersuara
Katanya, ia penting bagi menzahirkan harapan sebagai sebuah negara demokrasi.
“Maka, selagi ianya tidak bercanggah dengan perlembagaan kita hendaklah konsisten mengamalkan apa yang diperuntukkan dalam perlembagaan.
“Kita tidak boleh melanggar sesuatu bila kita lemah dan menghormati sesuatu bila merasa kuat. Dalam politik demokrasi, ada waktu kita kuat dan lemah,” katanya
ketika ditemui pada forum sempena World Press Freedom Day 2017 bertajuk Critical Minds For Critical Times: Media’s Role in Advancing Peaceful, Just And Inclusive Societies, semalam.
Forum disertai Ketua Editor Malaysia Kini, Steven Gan; wartawan dari Changing Times Media, Ireland, Annette Gartland; Penerbit Business Radio Station (BFM), Sharaad Kuttan dan Pengerusi Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF), Datuk Ahmad Izham Omar.
Ketua Pegawai Eksekutif, Nizal.com Sdn Bhd, Nizal Mohammad mempengerusikan forum yang berlangsung di Dewan Karangkraf.
Forum adalah anjuran Aidcom dengan kerjasama Universiti Selangor (Unisel), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kolej Taylor’s dan IACT College.
Mengulas lanjut, Kadir berkata, kebebasan media yang diinginkan merangkumi kebebasan bersuara tanpa perlu merasa terlalu sensitif.
“Kalau tidak setuju, kita jawab. Kalau tidak betul, kita perbetulkan bukan menyekat orang daripada mengemukakan pandangan,” katanya.
Beliau sebelum itu menyampaikan ucapan aluan sempena program tersebut yang kemudiannya dirasmikan Presiden dan Naib Canselor Unisel, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman. - Sinar
No comments:
Post a Comment