Thursday 11 May 2017

Pangsapuri Seram

Camni lah aku citerkan sikit. Serigala yang d maksudkan tu adalah saka Abe. Buat akak yg tertanya2 aritu, tahniah! tekaan akak betul. Yes, aku tau mesti korang x percaya sebab “serigala”,macam tipu je kan, ingat ni Twilight?Logan?..haa, terserah lah kat korang sendiri nk caye ke x. Aku pun mula2 memang x percaya, yelah rata2 saka ni dari harimau jer femes. X tau pulak serigala ade sekali. Aku pernah jugak la search pasal saka serigala ni kat gugel, tapi semua nya kat negara Eropah. Xkan lh Abe dapat saka tu dari Eropah kot. Yang aku pasti, Abe sendiri xtau yg diri dia ade saka serigala tu dan dia pun xtau dari mana dia dapat dan jugak memang bukan dari family dia. Aku mula percaya saka serigala ni wujud bila nampak simpton2 kt diri Abe yg saka dia tu tengah aktif. Sebelum ni xde lah pulak muncul, kali ni tiba2 muncul pulak kononnya nak jaga Abe sebab time tu Abe baru lepas kene rasuk teruk, memang teruk dari dia kena sebelum2 ni. Kalau ade rezeki, aku citerkan jugak part dia kena rasuk teruk ni untuk citer lain nanti.
Simptom2 tu memang aku sendiri nampak dengan mata aku.Tiap kali malam (stat maghrib), Abe mula rasa x selesa especially malam Jumaat. Abe bagitau yg malam Jumaat tu dia bertukar sepenuhnya jadi serigala. Yg tu aku x pernah nampak, sebab Abe ni dah tau dia jadi camtu, dia lari ke tempat yg jaoh dari orang supaya org x nampak rupa dia transform. Aku cuma nampak bile dia stat nak transform, mulut dengan mata dia akan keluar darah, meleleh macam org tgh nangis airmata darah. Kuku dia akan tumbuh jadi panjang, bkn kuku yg ori jadi panjang dan bukan jugak macam wolverine yer. Kuku dia tu tumbuh di hujung setiap jari bila bertukar. Maknanya dia ade 2 kuku lah time tu, satu kuku ori, satu lagi kuku serigala. Dan, suara Abe pulak berubah menjadi garau. Bila dah jadi garau tu,memang bukan Abe lg dah, saka dia yg ambik alih badan dia. Bila dah jadi camtu, cara dia berjalan pun terbongkok2, kaki macam nak melutut kat lantai je cara dia berjalan. Nasib baik time ni aku sorang je yg nampak.
Pernah sekali Abe ni lompat dari beranda rumah kitorang time tengah malam. Sebab malam tu ade bunyi anjing menyalak ramai2, Abe cakap ade yg x kena bila dengar bunyi anjing tu. Pastu dia terus g beranda rumah, bila aku follow terkejut aku tengok dia dah xde kat beranda tu, mak aih aku terpike sama ada dia ni lompat ke bawah ke atau panjat bumbung kt atas. Bila dia dah balik tu, aku x tido lagi, memang aku dengan Abe je belum tido dari tadi sebenarnya. Aku sempat tanya Abe dia lompat ke panjat? Ape yg jadi sebenarnya? Abe cakap dia lompat ke bawah and bunyi anjing menyalak tu ade orang yg hantar benda kt dalam badan anjing tu, sebab dia nak cabar Abe (org yg hantar tu memang tau Abe ade saka serigala), maybe jin kt kerusi rotan aritu pun nak cabar Abe jugak kot, ataupun dia nk berkolaborasi dengan Abe sekali.
Aku xtau camne Abe setelkan anjing2 tu, dorang bertumbuk ke bercakaran ke aku x pasti. Memang sengsara lah hidup Abe time tu, kesian aku tengok. Siap lepas dia transform, dia balik umah tu aku ade la tengok jari dia. Memang nampak kesan luka dalam dari tempat tumbuh kuku tu. Setakat tu je lah aku boleh citer kt korang, sebab kalau aku nak citer lebih pun, aku x tau penghujung dia macam mane. Aku just tau setakat ni je lah. Pasal benda ni pun aku sorang je yg tau Abe camtu sebab aku yg paling rapat dgn dia. Member2 lain xtau langsung pasal ni sampai lah sekarang, sebab takut masing2 menjauhkan diri dari dia time tu. Bila dah aku cakap camni, secara x sengaja korang pun tau jugak kan sebab aku dah bagitau. Jangan citer kt orang lain pulak, rahsia ni. Sekarang ni aku pun xtau keadaan Abe macam mane, maklumlah sekarang masing2 dah ade life sendiri sejak kitorang berpecah dari Shah Alam.Walaupun semua dah berjauhan, tapi kitorang still lg berhubung walaupun jarang. Abe ade ckp dgn aku, saka dia hilang camtu jer. Aku pun x pasti sama ada hilang terus ke atau hilang sementara. Harap2 xde lh lepas ni. Ok cukup lah untuk korang paham pasal serigala yg dimaksudkan tu.
Kisah kali ni pulak tentang Abe kena rasuk kt rumah sewa kitorang, pangsapuri perdana seksyen 13. Yg ni memang citer mula2 sekali Abe kene rasuk masa kt rumah tu, sebelum wujudnya kisah kerusi rotan dan masa first kitorang menyewa kt rumah tu jugak, sebelum ni kitorang duduk hostel. Bukan first dia kena rasuk ye. Dia kena first masa sekolah lg, tapi dia x citer details macam mane boleh kene time tu. Ok, citer ni member aku pernah tulis kt blog dia dulu, lame dah time tu tahun 2012. Sape ade terbaca blog member aku tu kt gugel, haa ni lah citer nye, kalau ade yg terbace lah. Tapi aku rase 3,4 orang je kot bace blog dia tu.(krikkk3..) aku rase jer lah, jangan lah marah aku Mad. Maklumlah fiksyen shasha masa tu mane wujud lagi. Untuk versi citer aku ni, aku gabungkan dari side dia dengan side aku supaya nampak lebih details lagi. Dalam blog dia tu just citer dari side dia je dan x berapa menarik sangat, keh3. Macam lh citer aku menarik sangat. Mempersembahkan, jeng3…
Aku : eh sorry susahkan ko, aku first time transfer duit guna mesin atm ni, dh lh ramai org beratur..
Kata aku selepas Abe temankan aku di maybank seksyen 14
Abe : xpe, hal kecik je.. xnk g mane2 ke? jom lh singgah PAS kejap, dh alang2 dekat ni
Aku : ko ok ke? Macam penat je aku tengok
Abe : badan rasa panas sikit, rasa macam nk demam
Aku : kalau camtu kita singgah kejap je lh kt PAS, x yah lame2…pastu kita balik
Setelah balik dari PAS, Abe terus baring d ruang tamu rumah dan tertido. Penat sangat kot, badan pn lesu je sebab demam. Aku tengok jam nak dekat pukul 6 petang. Masa tu Fizi, Mad, Jali jer kt rumah.
Aku : mane yg lain Fizi?
Fizi : Syahz, Udin, Pie dgn Acap dh balik rumah dorang dh
Aku : korang x keluar ke? Aku nk keluar lg pasni
Fizi : baru je balik, x kan keluar lg ko
Aku : nak jumpa member aku jap, pastu g makan
Jali : aku dgn Mad kejap lg keluar, pukul 7 lebih camtu
Aku : ok lah
Aku pun g jumpa member aku, makan malam sambil lepak2 kt kedai dekat2 situ je sampai lh pukul 8 lebih, aku balik rumah. Sesampai je aku kt pintu rumah sewa kitorang, baru je cucuk kunci kt pintu, belum sempat pulas kunci lg, “arghh..!!” bunyi suara orang menjerit dalam rumah. Terus aku terbantut nak masuk ke dalam rumah. “Eh, dorang ni gaduh ke? Suara sape pulak menjerit ni?” getus hati aku. Aku pun blah dari situ pastu tunggu kt beranda dekat dgn lift. Aku mesej la Jali kot2 dorang ade masalah ke dalam rumah tu.
Aku : Jali, korang ok ke kt dalam rumah tu?
Jali : ok je, ko kt mane ni?
Aku : aku kt beranda dekat dengan lift ni, tadi baru je nak masuk rumah, aku dengar suara orang menjerit kt dalam rumah, korang bergaduh ke kt dalam?
Jali : masuk je, kitorang x gaduh pun
Aku rasa pelik la, pahal pulak bunyi suara orang menjerit tadi. Aku pun masuk rumah sambil tertanya2 pasal suara tadi. Baru je aku bukak pintu, dorang semua pandang aku dengan muka cuak kecuali Abe je xde kt ruang tamu. Bila aku masuk lalu bilik air, dengar bunyi orang tengah mandi “Abe lah mandi tu kot”, kata aku dalam hati.
Aku : wey, pahal korang tengok aku camtu?
Mad : Abe kena rasuk…
Bisik Mad kepada aku,
Aku : haa..patut lah tadi aku dengar suara orang menjerit, aku ingat korang bergaduh, sebab tu lah aku msj Jali
Jali : aku saja je x nk bagitau, takut ko xnk masuk dalam rumah pulak
Aku : macam mane pulak boleh jadi camni?
Mad : kitorang balik rumah tadi dia dh kena, Fizi yg kol tadi suruh kitorang balik cepat
Fizi : tadi masa korang semua dh keluar, aku dengan Abe je kt rumah, aku tengah tengok tv…
Cerita Fizi masa mula terjadi
Abe elok je tengah tido tiba2 berguling2 kt lantai, pastu bangun dengan tiba2 sambil tersenyum. “Abe ko ok ke ni?” tanya aku sebab dia secara tiba2 berkelakuan pelik. Lepastu dia cakap “aku nak jumpa kawan aku, dia tunggu kt bawah…”, punya lah terkejut tiba2 cakap member tunggu kt bawah sambil senyum, pastu dia sambung tido balik. Aku memang dh takut giler tengok dia camni, dh lh aku dengan dia je kt rumah ni. Tanpa berlengah lagi aku terus kol Mad supaya dorang balik cepat. Masa tengah tunggu dorang balik tu punya lah lama, Tuhan je tau perasaan takut aku masa tu macam mane, siap aku doa lagi harap2 pintu rumah x berkunci, Mad dengan Jali keluar x bawak kunci. Aku takut nk berganjak g mane2, sampai aku terpaku je kt kerusi sambil buat2 tengok tv dengan hati yg berdebar2. Lepastu dorang 2 pn datang ke rumah, aku lega sgt2 sebab pintu x berkunci masa tu. Jali datang terus kejutkan Abe bangun dari tido, bila dia di sentuh je terus berguling2 macam tadi jugak. Jali try suruh dia tido d bilik, tapi bila kt bilik tu dia terpandang sesuatu kt pintu, pastu Jali bagi dia minum air kosong mana tau kot2 sedar ke, maklumlah masa tu kitorang x tau nk buat ape, masing2 xde pengalaman. Bila dia minum tu dia cakap air tu pahit? Pahit ape nye, air kosong je kot.
Abis je Fizi citer kt aku, terus kitorang terdengar bunyi pintu bilik air di ketuk2. “wey, tolong bukak pintu wey, jangan lah tutup lampu” kedengaran suara Abe ketakutan di dalam bilik air. Macam mane pulak pintu x dapat bukak, kalau kunci pun, kunci dari dalam, dia sorang jer lah dapat bukak. Lampu pulak kitorang tengok kt celah pintu kt bawah tu menyala je. Apa lagi, semua berlari lah g depan pintu bilik air sebab nak bukak pintu. Salah sorang dari kitorang pulas tombol pintu, tapi x dapat nak tolak.
Jali : Abe..ko pegang tombol ke?
Abe : x, aku x pegang…gelap ni..
Masing2 try nak bukak pintu tu, tapi masih x dapat jugak. Abe dah macam nak nangis kt dalam tu sebab takut sangat. X sampai 2 minit camtu terus pintu dapat di tolak, Abe meluru keluar dari bilik air tu. “sape kunci pintu? tutup lampu?” tanya Abe kt kitorang. Kitorang diam sambil berpandangan sesama sendiri. Abe terus g duduk kt ruang tamu dalam keadaan macam orang meroyan, susah aku nk describe camne. Kejap pandang sekiling, kejap tunduk muka sambal duduk mencangkung pelok kaki, kejap macam nak nangis, kejap senyum sampai lh dia tertido. Tapi kitorang belum berani nk tido lagi, masing2 berjaga takut apa2 terjadi. Kitorang tengok lh tv dalam keadaan terpaksa supaya x tido, aku ingat lagi time tu kitorang tengok kung fu hustle tv 3, masing2 senyap je walaupun ade scene2 lawak dalam citer tu.
Dalam pukul 2 pagi camtu, Abe tiba2 terbangun lepastu nangis. Kitorang tanye lh apehal? Dia cakap paha dia kena gigit, mula2 kitorang ingat kena gigit nyamuk ke, serangga ke. Rupa2 nya bukan, dia cakap benda tu gigit paha dia, kitorang nak tengok tapi dia x bagi. Mula lh meracau2 balik, menjerit2 cakap nak keluar, nak keluar g mana pulak dh pukul 2 pagi lebih dah. Kitorang pun kol ustaz yg selalu jadi imam kt surau perdana tu, ustaz tu x tinggal kt perdana, dia tinggal kt TTDI Jaya. Lame jugak lh tunggu ustaz tu nk datang, kitorang takut Abe jadi agresif je sebelum ustaz sampai. Sesampai je ustaz kt rumah, terus ustaz tu mengadap Abe.
Ustaz : Assalamualaikum..
Abe : …………..(diam)
Ustaz : sapa nama ko?? kenapa ko ganggu budak ni?
Abe : ………………(diam)
Ustaz pun terus pegang bahu Abe sambil menekan jarinya. “arghhh!!” Abe menjerit.
Ustaz : aku dah tanye elok2 tapi ko x nk jawab, kenapa ko ganggu budak ni?? Ko nak aku paksa ko keluar atau ko keluar sendiri?? (sambil menekan bahu Abe)
Abe : aku keluar!!
Ustaz : kalau camtu ko kena janji dengan aku..sapa nama ko? Ko Islam ke?
Abe : aku Sarah…bukan Islam (dengan nada suara yg lemah)
Ustaz : ikut suara aku..
Ustaz lafaz 2 kalimah syahadah di ikuti suara Abe (Sarah) untuk mengislamkan jin bernama Sarah tersebut.
Ustaz : sekarang ko dah masuk Islam. Ko berjanji dengan aku jangan kacau budak ni lagi, tempat ko bukan kt sini. Kalau ko mungkir janji ko langgar perintah Allah dan aku akan bakar engkau!
Ustaz baca surah (x tau surah ape) untuk menghalau Sarah keluar dari badan Abe, sambil suara Abe menjerit2 menahan kesakitan. Abe pun pengsan sekejap. Ustaz mintak lah air dengan kitorang untuk renjis kt muka Abe sebab nak sedarkan dia. Bila Abe dah sedar
Ustaz : Assalamualaikum..
Abe : Waalaikummussalam…
Ustaz : sapa nama?
Abe : (Abe pun sebut nama sebenar dia, bukan dia jawab “Abe”, Abe tu nama panggilan je)
Ustaz pegang bahu Abe dengan menekan jarinya macam tadi sambil mulut terkumat kamit. Untuk test jin Sarah tu betul2 dh keluar ke belum. Alhamdulillah, memang Abe dh sedar dan jin Sarah tu xda dalam badan dia lagi. Ustaz tanya lah soalan2 dengan Abe, tapi aku x berapa nak ingat sangat soalan dia, yg aku ingat dia tanya Abe sembahyang x, lepastu dia suruh Abe dengan kitorang semua sekali g sembahyang sunat taubat pagi tu jugak. Setelah ustaz balik, kitorang pun masing2 ambik wuduk nak g sembahyang. Lepas sembahyang tu Abe mintak izin nak baca Yassin, kitorang pun tido kt ruang tamu pagi tu termasuk Abe.
“Eh, pahal pulak pintu terbukak tu, baru pukul 9.30 pagi, ada org keluar ke tadi?” tanya ku dalam hati. Bila aku tengok kt sebelah, semua ada, tengah tido lagi. Sapa pulak yg bukak pintu rumah ni? Rasa nya semalam dah kunci.
Aku : Mad, Fizi, Jali…bangun2, oi cepat lh bangun..tengok tu, pahal pintu terbukak?
Mad : entah lh..
Fizi : x tau
Jali : Abe kot..
Haish..x kan lh Abe, dia nk g mana awal2 pagi sabtu ni? sekarang baru 9.30. Dorang pun sambung tido balik, aku tengah gelabah dorang sedap2 je sambung tido. Aku pun g tutup pintu rumah tu balik, tengok pagar still berkunci lagi. Nak tanya Abe, x nak ganggu dia tengah tido, biarlah dia rehat dulu. Bila dah petang sikit tu, baru aku tanya Abe, dia keluar ke pagi tadi sampai pintu x di tutup time masuk rumah? Dia cakap x g mana2, dia tido je pagi tadi. Terkejut jugak lh aku, abistu sape yg bukak pintu? x kn lh dia belum sembuh lagi, sepanjang hari tu ok je aku tengok. Bila aku citer kt member lain, dorang pun terkejut jugak. Tapi kitorang dh x syak ape2 lg sebab dh tengok dia kembali normal. Siap beli barang lg kt giant, beli buah tembikai. Yg x ok nye, dia makan tembikai tu pukul 3 pagi, Ahad. Malam tu kitorang dh tido dh kt ruang tamu, Abe je tido dalam bilik, Mad perasan dia keluar bilik terus g dapur, Mad kejutkan kitorang lepastu kitorang tengoklah Abe tengah potong buah tembikai pukul 3 pagi, ape mengidam sangat budak ni sampai pukul 3 pagi sanggup bangun nak potong makan buah tembikai. Lepastu, bila siang nye pulak dia tanya kt kitorang “sape beli buah tembikai ni?” kitorang pun cakap lh yg dia beli semalam, pastu makan pukul 3 pagi. Dia cakap “eh, yeke?” boleh pulak dia jawab camtu, kitorang seriau lh tengok kelakuan dia, sampai dia x ingat benda dia sendiri buat. Ke bukan dia yg beli dan makan tembikai tu?
Ahad tu member2 lain (Pie, Syahz, Udin & Acap) semua dh balik rumah sewa, dan kitorang pun citer lh kt dorang camne kejadian tu berlaku masa dorang xde. Pastu Pie ni pesan lh kt kitorang semua supaya x menjauhkan diri dari Abe, Pie ni kira kuat agama jugak lh. Kehidupan Abe kembali normal tanpa sebarang gangguan sampai lh hari selasa malam. Malam tu Abe keluar g makan sorang2, bila Pie ni dapat tau Abe keluar sorang2, dia tanya lh apasal biarkan Abe sorang2, dh lh dia baru lepas kena ganggu. Pie ni pun satu, kenape x dia je yg g temankan Abe, pastu nak persoalkan kitorang. Sesampai je Abe kt rumah dia terus masok bilik, kitorang nampak keadaan Abe lemah je, sampai bibir dia nampak pucat. Pie g lh bilik Abe tanya dia,
Pie : Abe, ko g makan dengan sape tadi?
Abe : dengan kawan…(suara lemah je)
Pie : kawan yg mane? Sape?
Abe : Sarah…
Pie ape lg terkejut terus dia blah dari bilik Abe sebab nak bagitau kt kitorang. Kitorang semua berkumpul kt ruang tamu tu ramai2 nak bincang benda ape perlu di buat. Pie pun x tau nak buat ape, dia just cakap dia mampu lemahkan jin tu je kalau dia jadi agresif, tapi x tau nak keluarkan macam mane. Kitorang tunggu nak kol ustaz je masa tu, tapi Pie suruh tunggu dulu. Pastu, Syahz pulak nk tengok keadaan Abe kt bilik macam mane, tapi dia bukan masok ketuk pintu bilik, main jenguk2 je kt pintu, bila Abe nampak dia punye lah terkejut, time tu terus Abe jadi agresif terjerit2 dalam bilik pastu dia duduk mencangkung sambil peluk kaki, muka tunduk kt lutut.
Syahz memang rasa bersalah lh sebab buat Abe jadi camtu, dia rasa macam diri dia patut mati je time tu, yg ni aku tambah ek, bukan betul2. Kitorang ramai2 g bilik Abe suruh dia duduk kt ruang tamu, supaya dia x takut sangat. Tengah pujuk tu, Abe sempat cakap yg dia dengar bunyi kucing kt luar tu buatkan dia takut. Kitorang just cakap bunyi kucing liar kt luar tu kot, sebab memang banyak kucing liar kt luar tu. Tapi Abe bagitau bunyi kucing ni lain macam. Pastu kitorang g lh duduk kt ruang tamu, tunggu dia sendiri keluar dari bilik.
Tunggu punya tunggu, Abe pun keluar dari bilik, dia tanya Jali, “Jali…mane yg lain??” hah! Kitorang ramai2 duduk kt ruang tamu tu, dia boleh nampak Jali sorang je? Pastu dia nak blah masuk bilik balik, Acap terus g berdiri kt depan dia nak tahan, tapi Acap belum pegang tarik tangan dia lg, just berdiri depan dia je. Bila Abe tengah jalan tu, dia g langgar je Acap, pastu dia terkejut dan pelik. Seolah2 dia langgar sesuatu benda yg dia x nampak, makna nya dia x nampak badan Acap yg besar tu berdiri depan dia. Bila nampak je respond Abe camtu, baru lh Acap g pegang tangan dia supaya dia stay kt ruang tamu tu je, Abe ape lagi meraung2 x tentu pasal pastu terduduk nangis kt ruang tamu. Time ni memang dh nampak dh bukan diri Abe. Tengah Abe nangis tu, dia terus pandang kt pintu rumah, dia ambik barang pastu baling kt pintu tu sambil tengking, “ko nak ape Sarah!”.
Bukan main terkejut lagi kitorang, memang dah sah Sarah g ganggu dia lagi. Aku pun tertanya jugak lh dalam hati “eh Sarah ni nak kena bakar ke ape, dia lupa ke ustaz aritu cakap ape” …bila aku fikir2 balik, macam bangang je aku tertanya2 camtu, nama pun dah jin, bukan boleh percaya sangat. Pastu Pie arahkan kitorang semua ambik posisi masing2 di setiap penjuru rumah pastu azan dengan serentak. Hah, kali ni xde yg tersasul g iqamat ye, Atan time ni belum join rumah ni lagi, kalau ade mesti dia yg tersasul g masuk iqamat.
Makin kuat suara Abe menjerit, makin kuat jugak lh kitorang azan sampai Abe nak larikan diri keluar rumah, nasib baik kitorang sempat tahan dia kt pintu. Selesai je azan, Abe nampak normal sikit tapi masih dalam keadaan lemah. Pie sarankan kitorang g kol ustaz, sebab dia lemah sekejap je, nanti Sarah tu datang merasuk balik. Tengah tunggu ustaz ni datang, member kitorang mintak tolong dengan budak rumah depan, member dari poli jugak. Maklum lh tenaga Abe ni kuat sangat sampai kitorang x mampu nak tahan. Time nk keluar g umah depan tu, Jali try nak bukak pintu tapi x dapat, macam ade benda g tahan pintu dari luar. Punye lh kuat sampai sorang2 dari kitorang try nk bukak pintu tu, still x dapat jugak. Last2 Jali bace ayt Kursi sambil bukak pintu tu kuat2. Akhir nya terbukak jugak pintu tu, tapi engsel pintu bahagian atas dh x melekat sebab kuat sangat bukak.
Setibanya ustaz kt rumah, dia pesan kt kitorang ramai2 supaya baca ayt Kursi dengan 3 kul untuk pendinding diri. Tengah kitorang kumat kamit membaca doa, ustaz pun baca sesuatu kt depan Abe sampai Abe meraung kesakitan. Abe masa tu terbaring, pastu ustaz tekan jari dia kt badan Abe. Disebabkan Abe sakit sangat, time terbaring tu pn dia mengengsot nk larikan diri, nasib kitorang ramai2 tahan dia. Time tu x payah cakap lh, kitorang campur lg dengan budak rumah depan still lg x dapat pegang dia sangat, kuat betul tenaga dia tu. Tapi dapat jugak lh kitorang seret dia g ruang tamu balik dengan bantuan ustaz, sebab ustaz g tekan jari dia kt badan Abe berkali2 tapi kt lain2 tempat. Aku x tau lh camne ustaz tu buat, orang yg ilmu agama nya tinggi tau lh kot.
Ustaz : ko Sarah ke?
Abe : …… (senyum)
Ustaz : kenape ko kacau dia lagi?
Abe : …….. (diam)
Ustaz : engkau tu jin, tempat ko bukan kt budak ni…ko nak aku paksa ko keluar ke, atau ko keluar sendiri?
Abe : …… (diam lagi)
Ustaz pun baca ayat Al-Quran sambil tekan jari dia kt badan Abe. Menjerit2 Abe menahan sakit sampai menangis.
Ustaz : ko nak keluar x?
Abe : x nak!
Ustaz : ko nak aku tikam ko ke? (ustaz baca ayat2 sambil tangan dia mengangkat ke udara macam memegang sesuatu untuk menikam Abe/Sarah)
Abe : jangan2…tolong jangan tikam aku!
Ustaz x mengendahkan rayuan Abe/Sarah, tangan dia terus menunjukkan isyarat hendak menikam Abe/Sarah di bahagian perut (kalau aku x silap ingat, ustaz tikam bahagian perut, tapi yg pasti memang bahagian depan badan). “argh…!!!” suara Abe menjerit kesakitan. Walaupun kitorang x nampak tangan ustaz tu pegang apa, tapi memang jelas nampak yg Abe berasa sakit lepas kena tikam dengan ustaz. Abe x pengsan, cuma dia lemah dan Sarah tu masih lg kt dalam badan dia.
Ustaz : ko tengok tapak tangan aku ni (ustaz baca ayat2 sambil tunjuk telapak tangan dia kt depan muka Abe)
Abe : jangan2, aku takut….(menjerit)
Ustaz : kenapa ko rasuk budak ni?
Abe : dia baik dengan kucing aku!
Sebenarnye ade lagi dialog ni, tapi aku x ingat sangat. Aduh, potong betul. Jangan lh kecam, aku sendiri pun berusaha nak ingat balik tapi setakat ni je ingat, heheh. Ustaz keluarkan Sarah dari tubuh Abe, yg aku nampak ustaz pegang kaki dia sambil baca ayat2 tertentu, lepastu ustaz tarik keluar. Kali ni memang teruk aku tengok Abe tahan sakit sampai nak terkeluar airmata aku tengok keadaan dia, suara dia sampai serak2. Kuat sangat menjerit kot sampai tekak dia luka. Setelah selesai, macam aritu jugak ustaz tanya Abe, bagi salam, tanya nama pastu tekan bahu Abe, nk check Sarah masih ada lg ke x.
Abis je, ustaz mintak air untuk bagi Abe minum. Ustaz bacakan ayt2 kt air tu bg kt Abe, dia pesan jugak kt kitorang suruh renjis air tu di setiap penjuru rumah, jaga sembahyang dan jugak tolong jaga kebersihan rumah. Kalau rumah kotor pun x guna jugak. Malam tu jugak family Abe datang ambik dia bawak balik ke rumah dorang. Seminggu jugak lh Abe bercuti, family dia cakap dorang bawak Abe g berubat kt tempat dorang. Malam kejadian tu aku x pasti sama ada ustaz g bakar Sarah atau dia just keluarkan Sarah tanpa di bakar. Yang pintu terbukak dengan makan tembikai waktu pagi tu sampai sekarang x terungkai. Kalau ade yg persoalkan ustaz Islamkan si Sarah tu, aku pun x tau kenape, maybe dalam masa yg sama dia berdakwah kot, kalau ikut logic akal lh. Aku just citer yg terjadi je.
Belum abis lagi, jangan lh stop baca…
Setelah Abe balik dari bercuti, aku sempat tanya kt Abe beberapa soalan,
Aku : Abe, ko ingat lagi ke masa mula2 benda ni jadi
Abe : ingat2 lupe lh..yg aku ingat, petang Jumaat tu aku balik rumah, baru je sampai kt bawah blok pintu lift terbukak, tapi xde orang keluar. Pastu aku guna tangga, kt tingkat 2 ke 3 aku nampak sorang perempuan ni tengah duduk main kucing, kucing tu tengok aku tapi perempuan tu x. Muka perempuan tu pun aku x tau, sebab muka dia di tutup rambut. Tu je aku ingat, aku sedar2 je dh hari Rabu.
Bila aku ingat balik, masa balik tu pn xde pulak aku nampak lift terbukak, tapi time tu lift memang tengah rosak, sebab tu pakai tangga. Otw naik tangga pun aku x nampak perempuan main dengan kucing. Abe ni ingat ke yg dia balik sama2 dengan aku time tu, ke dia memang dh kena rasuk time otw balik atau yg jalan dengan aku tu bukan Abe sebenar. Haish, pening kepala nk pikir. Ok, just nak bagitau member2 aku yg menyewa kt rumah tu ada yg keluar masuk, jadi jangan konfius lh kenapa watak dalam citer kerusi rotan tu orang lain, kt dalam ni ada orang lain. Atan pun belum wujud lg masa ni.
Sekian lh citer dari aku, aku mintak maaf kalau citer kali ni pun x seram dan x menarik minat korang jugak. Tapi time aku tengah menaip ni, memang seram bila terpikir peritiwa tu balik, sampai bunyi chat masuk kt fon pn aku terkejut sampai meremang bulu roma. Kalau korang baca setakat sini, aku ucap tq lh sebab x bosan baca citer aku sampai habis (uwekk). Ok lepasni aku cube nak ingatkan balik satu kisah ni, kejadian nya berlaku pada tahun berikutnya, 2013, tempat yg sama. Kalau korang bernasib baik, aku akan hantar citer ni. Tu pun kalau aku ingat, kalau aku x ingat, aku jadi silent reader balik lh lepasni kot. Citer ni pun setengah mati aku nk mengingat, tu lh salah satu punca aku lambat hantar. Benda aku buat semalam pun belum tentu aku ingat, apatah lg kisah ni. Kepada reader2 yg rajin, tolong bg tajuk kisah seram pangsapuri perdana yg lain kt komen, aku dapat tau ade writer2 lain pun citer kt pangsapuri ni jugak. Tercapai jugak hasrat aku nk tau misteri lain kt pangsapuri perdana ni, di sebalik kesibukan bandar, terselit kisah misteri d sini. Ok, tu je daripada aku, kalau ada rezeki kita coretkan lagi

No comments:

Post a Comment