KEK CHOCOLATE MOIST ANIS
Bahan-bahan:
- 1 cawan susu cair / fresh milk / UHT Whipping Cream
- 1 cawan minyak jagung / minyak masak
- 1 cawan susu pekat manis
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan gula halus / gula castor
- 2 biji telur Gred A
- 1 cawan tepung gandum*
- 1/2 sudu teh soda*
- 1/2 sudu teh baking powder*
- 1/4 sudu teh garam*
-Satukan semua bahan bertanda (*) dan ayak. Ketepikan.
Cara:
- Satukan susu, minyak jagung, susu pekat, serbuk koko dan gula halus ke dalam periuk dan masak atas dapur dengan api yang perlahan hingga gula larut.
- Kemudian masukkan telur yang telah di pukul terlebih dahulu dan masak sebentar atas api yang sangat perlahan. Sekejap aje..
- Akhir sekali masukkan campuran tepung yang telah di ayak
- Masak sebentar sambil di kacau rata dengan api yang sagat perlahan. Sekejap aje...tutup api.
- Sediakan bekas aluminium atau bekas yang tahan untuk di kukus ~ ( jika kek di kukus ) atau sediakan loyang ~ jika kek di bakar.
- Susun bekal aluminium dalam kukus
- Tuangkan adunan 1/2 daripada bekas
- Kukus dalam kukusan yang telah didih airnya selama 30 ~ 45 minit atau sehingga masak
Jika bakar, gunakan suhu 170C. Bakar secara steam bath selama 45 minit atau sehingga kek masak sempurna.
Sementara kita tunggu kek kita masak, kita sediakan krim cheese.
No comments:
Post a Comment