Sunday, 7 May 2017

Manfaat Cili




Kajian menunjukkan makanan pedas boleh meningkatkan kadar metabolisme badan.

Ada beberapa kajian mengatakan yang menambah cili merah ke dalam makanan kita mampu meningkatkan pembakaran tenaga dan juga mengurangkan nafsu makan untuk waktu yang berikutnya.








Bahan yang menyebabkan cili berasa pedas dipanggil Capsaicin. Cili merah memang dipercayai boleh meningkatkan metabolisme dan juga mengurangkan penyerapan kolestrol. Satu lagi, cili turut boleh tingkatkan rembesan hormon yang bertanggungjawab dalam pembakaran lemak.





tambahkan kepedasan makanan dengan cili untuk membakar lebih banyak lemak dalam prosen menurunkan berat badan. Pelbagai masakan boleh ditambah dengan cili untuk menambah keenakan makanan.
Tips Ringkas Dari Peguam Jika Kereta Anda Di Langgar Dari Belakang

 Oleh: Salkukhairi bin Abdul Sukor (Peguambela & Peguamcara)

http://friscomedia.blogspot.com/2017/05/tips-ringkas-dari-peguam-jika-kereta.html?m=1

Thursday, 4 May 2017

World Press Freedom Day 2017

By: Safwan Salleh

“work and think like a journalist” -Steven Gan
“checking, double checking and triple checking the fact” -Annette Gartland

This quotation show to us about the importance of the news content and the accuracy must be confirmed before published. In World Press Freedom Day 2017, held in Auditorium Sinar Karangkraf, Shah Alam. There have four panelists, also an experienced journalist,Mr Steven Gan (Editor of political news website, MalaysiaKini), Ms Annette Gartland (Journalist, Changing Times Media, Ireland), Mr Sharaad Kuttan (Producer BFM Business Radio Station Malaysia) and Datuk Ahmad Izham Omar (Chairman of the Communication and Multimedia Content Forum of Malaysia). The CEO Nizal.com Sdn Bhd, Mr Nizal Mohammad as the moderator in this forum.

The theme of this year’s is World Press Freedom Day is Critical Minds for Critical Times – Media Role in Advancing Peaceful, Just and Inclusive Societies. The forum begins with greetings from the Chairman of Asian Institute for Development Communication (AIDCOM), Datuk A Kadir Jasin.
The programme that take place every year on 3rd May also attended by students from University of Selangor (UNISEL), Taylor’s University and Universiti Teknologi MARA. This forum also give the opportunity to them to present their mini project.

For presenter, Nurul Azwa Aris, 23 from Faculty of Communication, Visual Art and Computing, it create chance to her to share something with the audience. “I get to share my thought with the audience which I did by presenting my mini project about local media coverage of Rohingya issue in Malaysia. It is such a golden chance to share info with others and opinion which might benefits the society to be better. And another one is for sure, I get to boost my confidence to talk in front of the crowds”.

While asked, is this forum is the good platform for students to voice up their expression? She answered, “Yes. In a way, it is a good platform for students as there are students from Taylor’s, UITM, and UNISEL who were given opportunities to present their research project. We also have experienced panellist during the talk session and there was a question and answer session at the end, where student can share their thoughts and have a fruitful discussion together”.
  
On the forum, each panellist focusing on their topic, Mr Steven Gan talk about the Press Freedom in a Liberal Democracy. Ms Annette Gartland talk about The Importance of Accuracy and Discernment in Reporting. Mr Sharaad Kutaan talk about Creating Critical Conversations and Datuk Ahmad Izham Omar talk about Malaysia Content Forum and the Importance of Self-regulation.

During the forum, Mr Steven Gan advise to audience especially to teenagers or student. “You need to read a lot, you need to read books. I think that is a problem with the young generation today. If you not reading enough or your reading just social media posting and a lot of dead writing. You have to really read, really invest a time to read a book, novel, entertainment stuff or whatever, read a lot and that is how you can be good in writing”.

Interviewed by a question, is the media have ethical in news writing? Mr Sharaad Kuttan says, “I think Malaysian media is quite ethical and it be a learning of anybody”. You can’t say oh just because you can’t be sure that 100 percent with the people ethically you will do not have freedom. That is false argument that been news to stop ask from having a more freedom and having some the best practises of any democracies is available”.

The forum ended at 2 p.m. and all audience treated to lunch before leaving the auditorium. I think this is good experience to us as a future journalist to learn something new from the experienced panel in World Press Freedom Day 2017.



Menegur cara halus elak provokasi 
 
Published on May 3, 2017
Ketua Pegawai Eksekutif Nizal. com Sdn Bhd, Nizal Mohammad berkata, pengamal media masa kini disaran menegur pemimpin dengan cara halus bagi tidak memalukan kedua-dua pihak, katanya selepas Forum World Press Freedom Day di Kompleks Dewan Karangkraf, Shah Alam, hari ini. - Sumber Sinar TV
 

Media Malaysia masih bebas bersuara

Published on May 3, 2017
Pengerusi Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF), Datuk Ahmad Izham Omar berkata, media di negara ini masih boleh dikategorikan sebagai bebas bersuara namun perlu lebih bertanggungjawab, katanya selepas Forum World Press Freedom Day di Kompleks Dewan Karangkraf, Shah Alam, hari ini. Sumber Sinar TV

 

Perlembagaan jamin hak bebas bersuara
Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman (tengah) bersama tetamu yang hadir pada forum World Press Freedom Day 2017, semalam.

SHAH ALAM - Pengerusi Institut Pembangunan Komunikasi Asia (Aidcom), Datuk A Kadir Jasin berharap perlembagaan negara menjamin hak asasi manusia bagi menyuarakan pandangan dan kebebasan bersuara.

Katanya, ia penting bagi menzahirkan harapan sebagai sebuah negara demokrasi.

“Maka, selagi ianya tidak bercanggah dengan perlembagaan kita hendaklah konsisten mengamalkan apa yang diperuntukkan dalam perlembagaan.

“Kita tidak boleh melanggar sesuatu bila kita lemah dan menghormati sesuatu bila merasa kuat. Dalam politik demokrasi, ada waktu kita kuat dan lemah,” katanya

ketika ditemui pada forum sempena  World Press Freedom Day 2017  bertajuk  Critical Minds For Critical Times: Media’s Role in Advancing Peaceful, Just And Inclusive Societies, semalam.

Forum disertai Ketua Editor Malaysia Kini, Steven Gan; wartawan dari Changing Times Media, Ireland, Annette Gartland; Penerbit Business Radio Station (BFM), Sharaad Kuttan dan Pengerusi Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF), Datuk Ahmad Izham Omar.

Ketua Pegawai Eksekutif, Nizal.com Sdn Bhd, Nizal Mohammad mempengerusikan forum yang berlangsung di Dewan Karangkraf.

Forum adalah anjuran Aidcom dengan kerjasama Universiti Selangor (Unisel), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kolej Taylor’s  dan IACT College.

Mengulas lanjut,  Kadir berkata, kebebasan media yang diinginkan merangkumi kebebasan bersuara tanpa perlu merasa terlalu sensitif.

“Kalau tidak setuju, kita jawab. Kalau tidak betul, kita perbetulkan bukan menyekat orang daripada mengemukakan pandangan,” katanya.

Beliau sebelum itu menyampaikan ucapan aluan sempena program tersebut yang kemudiannya dirasmikan Presiden dan Naib Canselor Unisel, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman. - Sinar



Setiap Tabiat Ibu Bapa Sebenarnya Akan Ditiru Oleh Anak, 6 Perkara Penting Yang Wajib Ibu Bapa Elakkan Di Depan Anak-anak

Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak mereka, ketahuilah bahawa hampir segala tindakan kita tidak kita baik atau buruk sebenarnya menjadi ikutkan mereka kerana bagi mereka akan ditiru oleh mereka.

Ini kerana, ibu bapa adalah 'role model' paling dekat dengan anak-anak yang mula membersar, jangan terkejut admin katakan, bapa yang merokok didepan anak pun buatkan mereka fikir apa yang bapa mereka lakukan dan ingin mencuba.

Jadi, ubahlah tabiat kita, jadilah contoh yang terbaik untuk anak supaya mereka membesar menjadi insan yang berguna.

Dikongsikan oleh sebuah syarikat pemakanan terkenal antarabangsa Wyeth Nutrition, berdasarkan kajian yang dilakukan, mereka telah berkongsikan beberapa perkara penting yang ibu bapa harus elak lakukan di depan anak, jom kita baca.

1. Berunding apabila mempunyai perbezaan pendapat 

Adakalanya ibu bapa terlepas cakap semasa berbincang di hadapan anak-anak. Apabila situasi sebegitu tercetus, tenangkan diri anda dengan membuat kerja lain dahulu. Kemudian, selesaikan masalah dengan berunding sambil berfikiran rasional. Ini akan mengajar anak-anak untuk sentiasa mengutamakan harmoni antara semua pihak. 

2. Berkomunikasi dalam nada suara yang lembut 

Biasakan berkomunikasi dalam nada yang lemah-lembut. Cuba bayangkan kedua-dua senario berikut; “Oi! Cepat bersiap untuk kerja! Dah lewat!” atau “Sayang, marilah kita cuba untuk bersiap secepat mungkin.” Nada yang kedua dapat mengajar anak untuk mengamalkan nilai kasih sayang antara satu sama lain melalui percakapan. 

3. Bersifat terbuka dalam memberi dan menerima pendapat 

Apabila sudah berkahwin untuk beberapa tahun, pasangan anda mungkin kurang memberi perhatian kepada penampilannya kerana sibuk dengan kerja lain. Anda boleh menolong pasangan anda dengan memberi pandangan membina.

Ini menunjukkan yang anda mengambil berat, dan seterusnya dapat mendidik anak anda untuk bersifat terbuka dalam berkongsi pendapat.

4. Menggunakan kebijaksanaan dalam pemilihan perkataan

Pemilihan penggunaan kata harus konsisten kerana anak anda mempunyai ingatan yang tajam dan dapat menangkap perkataan walaupun hanya digunakan sekali.

Antara ungkapan positif yang boleh digunakan adalah “Mari kita cuba sekali lagi”“Tahniah atas usaha anda!”“Jangan risau”.

5. Sentiasa menghargai kemajuan 

Setiap manusia lahir dengan sifat dan bakat yang unik. Mulalah mengenali keunikkan anak anda dan berikan pengiktirafan serta galakan untuk menonjolkan ciri-ciri tersebut.

Perhatikan perkembangannya dan berikan motivasi tanpa membandingkannya dengan orang lain. Ini akan membina keyakinan diri anak anda secara sihat tanpa dibayangi oleh kemajuan orang lain.

6. Gunakan didikan melalui pengukuhan positif 

Ibu bapa harus memahami bahawa anak-anak belajar dengan tempoh masa berbeza. Bimbingan yang efektif oleh ibu bapa boleh membantu pembelajaran mereka, contohnya, beri pujian apabila anak-anak berjaya mematuhi arahan.

Jika mereka belum mempelajari kepentingan nilai tertentu, jelaskan lagi kepada mereka dan perhatikan perilaku mereka.