Sunday 16 April 2017

Asal Usul Perkataan Pomade


Pada masa kini, penggunaan pomade dilihat semakin berkembang seiring dengan peningkatan pelbagai jenis pomade serta kepelbagaian jenamanya. Namun tahukah anda, perkataan pomade berasal dari perkataan Perancis iaitu "pommade" yang bermaksud oitment atau salap.

Dalam bahasa Latin pula ia membawa maksud epal di mana epal lecek merupakan sebahagian bhan yang digunakan pada pomade asal sebagai pewangi.

Pomade moden mungkin mengandungi wangian, tetapi biasanya dari buah-buahan. Pembuatan pomade pada zaman moden menggunakan Lanolin, beeswax dan petroleum jelly sebagai bahan asasnya. Tetapi pada abad ke-18, pomade diperbuat daripada lemak beruang atau babi.




No comments:

Post a Comment