Tuesday 25 April 2017

Pasembur Sedap Persiaran Gurney Terbaik


Datang Penang tak lengkap rasanya kalau tak makan pasembur. Betul tak? Dekat mana pasembur paling sedap di Penang?Pasembur Pulau Mutiara atau lebih dikenali “Pasembur Menari” berada di gerai No. 9 Anjung Gurney merupakan antara gerai pasembur paling popular di Penang.

Pasembor Gurney pernah mendapat liputan di Kosmo! kerana seringkali menjadi tempat tumpuan peminat pasembur warga tempatan dan luar negara .Pasembur Pulau Mutiara dimiliki oleh Ayub Khan. Apa yang menarik pelanggan adalah semasa memotong rojak pasti akan berkumandang alunan muzik. Bagi mereka yang pertama kali makan disini pasti teruja dengan suasana begini dengan nyanyian lagu “Rojak Rojak” dan menari mengikut alunan muzik.
Pelanggan semakin ramai apabila tiba waktu puncak iaitu pukul 6.00 petang sehingga 8.00 malam sehinggakan sukar untuk mendapat tempat duduk.
Ni ni..orang penang x panggil pasembur..depa panggil pasemboq..camna pon kalau hampa sampai penang, jangan lupa try nah.. sila oh sila!

No comments:

Post a Comment