Bidang penternakan kini berkembang maju seiring dengan perkembangan teknologi semasa. Ramai anak muda kini yang berani untuk menceburi bidang penternakan. Namun, risiko perniagaan benda hidup adalah kematian, hal ini mungkin akan melunturkan semangat anak muda yang baru berjinak dalam bidang ini.
Di sini penulis ingin memfokuskan kepada bidang penternakan ayam memandangkan penulis pernah terlibat secara tidak langsung dalam penternakan ayam.
Kebiasaannya, penternakan ayam tidaklah sukar jika dibandingkan dengan penternakan lembu dan kambing dari segi penjagaan makanan dan ubat-ubatan. Tetapi, wabak penyakit seperti selsema burung dan hawar sering menjadi igauan ngeri bagi penternak ayam.
Terdapat pelbagai spesies ayam di negara ini yang biasanya diternak untuk tujuan komersial. Di sini penulis ingin berkongsi serba sedikit tentang spesies ayam dan penjagaannya.
1) Ayam kampung
Ayam kampung merupakan ayam yang biasa kita lihat di kawasan kampung-kampung dan ayam ini digemari kerana tekstur isinya yang padat dan liat. Masyarakat kampung biasanya membela ayam kampung untuk kegunaan sendiri selain menjadi pembantu untuk menghabiskan sisa-sisa makanan seperti nasi, hampas kelapa dan sebagainya.
Penjagaan ayam kampung juga tidaklah begitu rumit kerana kebiasaanya ia dibiarkan bebas untuk mencari makan. Selain itu. ayam kampung juga agak tahan lasak berbanding ayam-ayam lain. Hal ini memberi kelebihan kepada penternak.
2) Ayam piru
Ayam piru atau dikenali sebagai ayam belanda terkenal kerana keunikan bunyinya dan saiz badannya yang besar. Dagingnya yang banyak dan sedap sering mendapat permintaan terutamanya menjelang Deepavali dan Krismas. Kebiasaanya berat bagi ayam piru dewasa adalah sekitar 5 ke 6kg bergantung kepada spesies.
Namun, cara penjagaannya agak rumit sebelum mencapai tempoh matang. Anak-anak ayam piru perlu ditutup dengan kelambu bagi memastikan ia tidak digigit nyamuk. Selain itu, lampu juga perlu dipasang pada waktu malam supaya suhu badannya terkawal.
3) Ayam mutiara@guinea fowl
Ayam mutiara agak jarang diternak walaupun tekstur isinya yang enak. Mungkin kerana saiznya yang agak kecil menjadikannya kurang mendapat permintaan. Bulunya yang tebal dan bercorak bintik menjadikannya kelihatan cantik selain bentuk badannya yang comel.
Cara penjagaan spesies ini tidak terlalu rumit tetapi perlu dipastikan ianya mencapai tempoh matang sebelum dilepaskan bebas kerana spesies ini gemar merayau jauh dari rumah serta berupaya terbang tinggi. Namun, ayam mutiara adalah sagat produktif, ia mampu bertelur sehingga 30 biji dalam satu masa.
Ayam mutiara juga sangat sensitif terhadap persekitarannya, ia mampu untuk menghalau ular dan binatang bahaya daripada mengganggunya, sama seperti angsa.
No comments:
Post a Comment