Tuesday 25 April 2017

Green Newspaper

Green Newspaper bukanlah seperti surat khabar biasa, sebaliknya ia merupakan surat khabar khas yang membolehkan ia ditanam menjadi bunga atau tumbuhan-tumbuhan hijau setelah tidak digunakan.



Dengan menggunakan Green Newspaper, pengguna hanya perlu mengoyak kertas akhbar kepada beberapa bahagian kecil dan diletakkan di atas tanah kemudian disiram sedikit air dan biar sahaja terdedah kepada matahari dalam beberapa hari.



Hasilnya pasti mengejutkan apabila benih-benih mikro yang terdapat pada kertas berkenaan akan tumbuh menjadi tunas pokok yang cantik.


Ciptaan surat khabar ini merupakan hasil cetusan idea Dentsu Inc, iaitu sebuah syarikat pengiklanan Jepun di bawah sayap syarikat penerbitan akhbar Mainichi Shimbunsha.

No comments:

Post a Comment