Kantoi Rakam kain bawah wanita
ALOR SETAR: Seorang lelaki ditahan pihak polis selepas merakam video bawah kain wanita menggunakan kamera yang disembunyikan didalam kasutnya di Pasar Tani Giant, Jalan Langgar.
Kejadian berlaku apabila mangsa yang berumur 38 tahun itu sedang membeli kuih di pasar tersebut terkejut apabila suspek yang berusia 39 tahun itu dipukul orang ramai berhampiran kedai kuih tersebut.
Ketua Polis daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, orang ramai yang menyedari perbuatan suspek menahannya sebelum memukulnya.
Suri Rumah, Azizah Arif berkata, Pihak polis wajib mengambil tindakan sewajarnya ke atas suspek.
“Saya berharap agar kejadian tersebut tidak akan berulang kembali kerana tindakan suspek mencabuli kehormatan wanita.”
Turut memberi pandangan, Analisa Abd Halim berkata, tidak pernah terlintas di fikiran saya dengan cara suspek merakam video bawah kain wanita menggunakan kasut.
“Saya berharap wanita diluar sana akan lebih berhati-hati dengan pakaian yang mereka pakai selepas ini,” katanya.
Mohd Rozi berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut kanun keseksaaan 294 dan kanun keseksaan 509. Suspek direman sehingga 14 April ini.
nice
ReplyDeletebahaya ni
ReplyDelete