Mohamed Saleh di hadapan restoran Ayu Steamboat & Grill yang diusahakannya. |
Steamboat serendah RM12.90
SHAH ALAM - Menyediakan 11 menu merangkumi 52 jenis makanan laut,
sayur-sayuran dan daging dengan harga serendah RM12.90, Ayu Steamboat
& Grill tentunya pilihan tepat untuk memenuhi ‘selera besar’ anda.
Pemiliknya, Mohamed Saleh Hussien Abd Ghani berkata, menggunakan
tagline ‘Ingat Sos Ingat Ayu, Biar Rasa Yang Menilai’, sudah tentu
rahsia keenakan hidangannya terletak pada sos dihasilkan.
“Di sini juga ada pelbagai menu makanan bergoreng dan pembuka selera. Terlalu banyak pilihan istimewa, sedia untuk anda pilih.
“Paling istimewa adalah Ayu Magic Sos for Steamboat dan The Real
Original Black Pepper Sos for Grill. Hasil kombinasi kedua-dua sos ini
adalah cetusan tagline restoran kami,” katanya.
Harga bufet yang ditawarkan juga cukup rendah bagi memberi peluang
kepada penduduk setempat yang kebanyakannya berpendapatan rendah dan
sederhana, merasai keenakan makanan di restoran ini.
“Harga yang ditawarkan RM21.90 dewasa, RM12.90 kanak-kanak berumur 7
hingga 12 tahun, RM14.90 untuk warga emas dan OKU RM15.90,” katanya.
Menurutnya, dia yakin pelanggan akan ‘ketagih’ untuk menikmati hidangan
di Ayu Steamboat & Grill kerana keenakan rasa hidangan selain harga
murah dan saiz hidangan yang besar.
“Sekali cuba anda pasti kembali kerana keenakan sos steamboat kami
tidak akan didapati di tempat lain. Tambahan, hidangan kami sedap, murah
dan banyak!
“Jangan lupa berkunjung ke restoran kami di Jalan Nagasari C/36 Seksyen
36, Desa Latania, Shah Alam, manakala waktu operasi 6.30 petang hingga
11.30 malam,” katanya. - Sinar Harian
No comments:
Post a Comment