Sunday, 16 April 2017

Bahaya Rokok


Anda seorang perokok? Perlukah anda berhenti merokok? Jawapannya, ya. Kenapa?

Tahukah anda apa yang akan jadi pada badan anda selepas anda berhenti merokok? Dalam masa 20 minit selepas berhenti merokok, tekanan darah dan nadi akan menurun pada kadar normal, manakala suhu tangan dan kaki anda akan meningkat kepada paras normal. Dalam masa 8 jam berhenti merokok, kadar karbon monoksida dalam darah anda akan menurun dan tahap oksigen darah akan meningkat kepada paras normal.



Dalam masa 24 jam selepas berhenti merokok, risiko terhadap serangan jantung secara tiba-tiba akan menurun. Dalam masa 48 jam selepas berhenti merokok, saraf anda akan akan mula tumbuh semula, deria bau dan rasa mula kembali kepada paras normal. Dalam masa 2 minggu hingga 3 bulan selepas berhenti merokok, peredaran hidup anda akan bertambah baik. Perjalanan menjadi lebih mudah, paru-paru berfungsi dengan lebih efisien.

No comments:

Post a Comment