Thursday, 27 April 2017

Rencana

Moderator dan Panelis Forum "Seni alat kebebasan"

  Adakah seni satu alat mahupun satu kebebasan?


Ismail Hashim
Apakah itu seni? setiap orang mempunyai pendapat tersendiri mengenai apa yang boleh dianggap seni. Sebagai contoh, adakah seseorang itu boleh menghasilkan seni sekiranya ia tidak bertujuan sebagai hasil seni? Adakah seni merupakan bentuk luahan seseorang? seperti mana persoalan yang dikemukakan oleh moderator Ismail Hashim kepada panel dalam forum “Seni Alat Pembebasan?” yang berlangsung di Dewan Pro Canselor Unisel Shah Alam.

“Seni Alat Pembebasan’’terdapat pelbagai persoalan mengenai nama seni itu sendiri. Adakah seni merupakan satu alat ataupun adakah seni itu sebagai satu pembebasan.
Yassin Salleh

Festival Seni Unisel yang kali pertamanya itu turut dihadiri oleh panelis yang profesional dalam bidangnya tersendiri seperti Dinsman atau nama sebenarnya Shamsudin Osman yang merupakan penulis isu sastera dan politik di Malaysia. Yassin Salleh iaitu Penulis dan Pengarah Filem dan Jalius Jaibin sebagai Wakil Mahasiswa serta Penasihat Eksekutif Editorial Karangkraf Datuk Abdul Jalil Ali.
Seni ini satu yang indah, menghiburkan dan mengubati hati yang lara serta boleh mencetuskan semangat untu keluar dari sebarang kebuntuan.”
Manakala, Datuk Abdul Jalil Ali berkata, beliau berpendapat dengan saudara Yassin Salleh bahawa seni ini merupakan satu medium yang boleh diguna untuk meluahkan apa sahaja yang ada dihati kita.
Datuk Abdul Jalil Ali
Waktu saya datang ke Kuala Lumpur dulu, saya ada menulis cerpen dan pantun. Melalui penulisan itu, saya ingin menyampai perasaan saya.
“Dalam bidang kewartawanan, saya diberi kolum untuk menarik pembaca dalam Majalah Baca Ria. Ada satu ruangan yang bernama Hello Hello Sayang dengan menggunakan nama samaran.
“Menerusi ruangan tersebut, saya menyampaikan madah-madah cinta untuk menarik pembaca. Apabila saya semakin dewasa, semakin mendalami ilmu penulisan untuk bidang-bidang yang lebih serius, saya tidak lagi menggunakan nama samaran tapi masih dengan tujuan untuk menyatakan sesuatu kepada pembaca.
“Dalam penulisan untuk membebaskan minda, kita juga terikat dengan risiko. Seni merupakan satu medium untuk memerdekakan kita akan tetapi menjadi penggiat seni juga ada risiko.”
Ironiknya, lain pula pendapat Dinsman mengenai seni merupakan alat pembebasan seperti mana yang dipersetujui oleh Datuk Abdul Jalil Ali dan Yassin Salleh. Secara umumnya beliau boleh bersetuju seni sebagai alat kebebasan.
Dinsman berkata, saya yang merupakan seorang aktivis seni tidak menyukai seni itu sebagai alat kebebasan. Jika seni sebagai alat pembebasan saya berasakan seperti memperalatkan seni, kerana itulah sebabnya saya kurang bersetuju.
“Pengalaman saya berkarya, karya terakhir saya iaitu Teater yang bertajuk Atas Pokok yang banyak pelajar seni terlibat sudah setahun di pentaskan di Tasik Shah Alam
Sebagai seniman dan aktivis seni, setiap individu akan melalui proses kreativiti dalam menghasilkan karya dengan pelbagai cara berbeza. Ada yang mudah dan ada juga yang sukar.
“Proses ini menyebabkan seniman rasa resah dan gelisah dissebabkan ada sesuatu hidup dalam diri individu tersebut dan menuntut supaya individu tersebut terus berkarya.” katanya.
Pengalaman bersama penduduk kampung Pantai Dalam di Kuala Lumpur, setiap bulan saya mengadakan aktiviti seni dikampung tersebut. Malangnya kampung tersebut diancam pembangunan untuk membina bangunan baru.
Saya melihat kampung tersebut sebagai khazanah negara yang bernilai di Malaysia ini yang berada di tengah Kuala Lumpur dan Sejarahnya lebih lama berbanding bandar Kuala Lumpur itu sendiri. Oleh kerana itu, saya ingin mempertahankan kampung tersebut.
Sebagai seniman, saya tidak pergi berceramah mahupun berkempen tapi saya berkarya dan saya percaya apabila sesuatu karya seni itu lahir, ianya bukan alat tapi ia sesuatu yang wujud yang mempunyai kehidupan dan mempunyai peranan tersendiri serta terpisah daripada penciptanya.

Pandangan seni dari persepsi anak muda
Jalius Jaibin berkata, dalam pengamatan dan pemahaman saya, seni itu adalah besar dan luas. Secara umumnya, masyarakat di luar sana akan berfikir bahawa seni itu menyanyi dan berlakon sahaja. Tetapi ianya tidak terhad terhadap menyanyi dan berlakon sahaja. Selain tu terdapat seni reka, puisi dan juga teater yang telah disajikan diawal forum sebentar tadi.
 

No comments:

Post a Comment