Tuesday 25 April 2017

Basikal Mewah Bugatti

PG Bugatti merupakan basikal mewah yang dijual pada harga $USD40,000 (rm176,580). Reka bentuknya yang elegan dan ringkas mungkin menjadi tarikan kepada peminat-peminat basikal.

Selebriti-selebriti terkenal seperti Lady Gaga, Orlando Bloom, Christoph Waltz dan Bryan Adams antara pemilik basikal Bugatti ini di mana hanya 667 buah sahaja telah dihasilkan. 95% bahan yang digunakan untuk menghasilkan basikal mewah ini adalah karbon fiber dan juga dikatakan antara basikal teringan di dunia dengan berat kurang dari 5kg.


Walaupun harganya mahal, Bugatti menyarankan basikal ini lebih difokuskan untuk tujuan koleksi dan perhiasan dan tidak digunakan di jalan raya.


No comments:

Post a Comment