FORUM : SENI ALAT PEMBEBASAN? SENI UNTUK RAKYAT
NUR AMANINA SURANI
nuramanina17294@gmail.com – 9:24 PM
Ismail Hashim, Yasin
Salleh, Abdul Jalil, Dinsman dan Jalius semasa forum di Unisel, Shah Alam
SHAH ALAM – Satu forum
bertajuk ‘Seni Alat Pembebasan? Seni Untuk Rakyat’, telah diadakan di
Universiti Selangor (Unisel) Shah Alam, Selangor, hari ini.
Seni sukar ditakrifkan, sebagaimana ia sukar
dinilaikan, disebabkan setiap artis memilih peraturan dan tata rajah tersendiri
untuk menentukan karyanya, masih boleh dikatakan bahawa seni adalah proses dan
hasil pemilihan medium, set aturan untuk penggunaan medium tersebut, dan set
nilai yang menentukan apa yang berhak di gambarkan melalui medium tersebut,
agar dapat menyampaikan sama ada kepercayaan, idea, rasa, perasaan dalam bentuk
paling berkesan bagi medium tersebut.
Shamsudin Osman atau dikenali sebagai Dinsman berkata “secara
umumnya mungkin saya boleh bersetuju seni alat kebebasan tetapi bagi saya
sebagai seorang aktivis seni, saya tidak berapa suka penggunaan “alat”. Seni
alat kebebasan menunjukkan seperti memperalatkan seni, jadi saya amat marah
kepada orang yang memperalatkan seni.
“Sebagai seorang aktivis seni, ada satu proses untuk
melahirkan karya iaitu proses kreativiti. Semua orang menggunakan proses ini,
tetapi dengan cara yang berbeza. Ada yang mudah ada yang susah tetapi selalunya
proses ini melibatkan orang yang dikatakan seniman atau aktivis,”katanya.
Program dengan kerjasama media rasmi Sinar Harian
sempena Festival Seni Unisel itu membabitkan empat barisan panel terdiri daripada, Penasihat
Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abdul Jalil Ali, Seniman Paksi Rakyat,
Shamsudin Osman atau dikenali sebagai Dinsman; penggiat seni, Yasin Salleh dan
wakil mahasiswa, Jalius Jaibin dengan moderator yang juga Pensyarah Fakulti
Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran Unisel, Ismail Hashim.
Wakil mahasiswa Jalius Jaibin berkata, ”bagi saya seni
itu terlalu luas dan terlalu besar, bukan sahaja menyanyi dan bukan sahaja
berlakon. Untuk pembebasan ini, seni ini membantu kita membuka mata. Contoh
dalam pilihan raya kampus. Kita tulis dengan kreatif untuk meraih undi.
No comments:
Post a Comment