Tuesday 11 April 2017




 Dah makan tak reti kemas meja makan 

Pagi kelmarin tengah tengok televisyen mengenai program masakan tetiba tetiba terasa nak makan sambal paru di restoran berdekatan dengan rumah sebab sambal paru restoran tu buat mmg sedap. Bukan satu dua kali dah cuba tapi dah banyak kali tetap tak muak lagi.


Hendak dijadikan cerita, sampai sahaja dia restoran tersebut. kebanyakan meja disana penuh dengan sisa makanan di atas meja seperti nasi, tulang ikan, tulang ayam, kulit ayam malahan di bawah meja pun penuh dengan sisa makanan dan tumpahan air minuman seakan akan menunjukkan sikap tidak beradab ketika menjamah makanan. Pernah juga terdengar bahawa memang sudah menjadi tugas pekerja restoran untuk membersihkan meja makan tapi di mana tatatertib kita semasa makan dah sesudah makan. Kalau yang makan tu budak kecil, kita boleh paham tapi ini golongan gemaja dan orang tua yang berbuat demikian. 



Kalau dah menjadi tugas pekerja pun, takkan kita nak buang adab kita semasa makan. Ibu bapa kita sudah mengajar kita dari kita kecil lagi supaya makan dengan beradab. Sesudah habis makan, kutip nasi yang tumpah bukan biarkan orang lain kutip. Pendapat saya mengenai perkara ini dari konteks pemikiran mereka ialah, mereka menggangap bahawa ada  orang yang akan tolong bersihkan dan kutipkan sisa makanan mereka. 


Harapan saya supaya sesiapa sahaja yang makan di restoran atau mana-mana kedai makan supaya makanlah dengan beradab dan bersopan santun.



2 comments: